|
Bonjour! ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]() ![]() |
Pemalu vs Periang
So hari ini saja je nak cerita pasal 'diaorang'. Siapakah? Hhhhaaaahha biarlah rahsia.
Cerita dia macam ni Farah tak pernah sedar yang tahun ni Farah dah berubah. Alaaaa tak pelik pun kan. Sebab 'people change' macam lagu tegar (penyanyi indonesia yang tengah meletop kebabom sekarang) tu 'aku yang dulu bukan lah yang sekarang' *karoeke dalam bilik air* cuma 'diaorang' lah yang telah membuatkan Farah saje nak update pasal benda ni.
Apakah yang telah berubah?
Farah telah menjadi seorang yang pemalu!!!!!!
Dan Farah pun mulalah buat reaksi terkejut konon kononyaaaa. Tapi memang terkejut hokay....... sebab Farah rasa Farah biasa je. Cuma diaorang melebih lebih cakap Farah PEMALU. Kenkadang tu cakap Farah SOMBONG. Haaaaaaaa sajeje nak capslock perkataan tu. Sungguh tidak masuk akal. Sebab Farah lah paling periang. Nyehnyehnyeh bukan puji diri sendiri tapi Fakta.
Farah kalau tak bercakap mulalah mengelupur macam kucing nak beranak. Siap kena perli dengan mama lagi kalau dalam sehari tu Farah diam. Dalam hati mulalah berbunga fikir yang mungkin mama rasa sunyi kot Farah tak bising macam selalu tu kena perli. Mihmihmih ~~~ muntah mak haku kalau dia baca ni.
Tiba tiba teringat apa yang iebah pernah cakap dekat Farah suatu hari ni
Iebah : Kau okay tak
Farah : Okay lah. Kenapa?
Iebah : Tak lah. Selalunya kau bising. Ada je benda kau nak cakap. Itulah inilah
Haaaaaaaaaaaa nampak tak. Kalau orang yang rapat dengan Farah mesti pelik kalau sehari tu Farah diam so lagi peliklah bila orang tegur kita ni pemalu kan. Apa lah korang ni. Kalau Farah ni tetiba jadi pendiam maknanya dah dapat hidayah lah tu kan so tak payah nak pelik sangat eh wahai sahabat sahabat ku sekalian. Buat buat macam Farah ni tak pernah berubah. Haaaaaaaaa gituuuuuuuuuu. Sonang kan.
Tapi ya. Farah mengaku Farah berubah bila dengan lelaki. Aipppppp berubah bukan sebab nak tarik perhatian cuma entah. Tahun ni rasanya Farah tak bergaul sangat dengan lelaki. Hooooi jangan salah fikir pulak. Farah lebih suka berbual, gelak tak ingat dunia dengan kawan perempuan. Sebab kalau dengan perempuan ni diaorang mudah paham. Maksudnya diaorang tak cepat judge lah kalau contohnya ada suatu perkara yang buatkan kita segan. Kalau lelaki ni bila kita cakap kita segan nak itu ini dan mesti ada dialog diaorang cakap "itupun nak segan ke?!" LOL sangat tidak memahami naluri diriku ini kan........so lebih baik lah kawan dengan perempuan kannn. Sonang. Tak payah sibuk nak sentap sentap bila kena sembur dengan ayat tajam kaum adam ni.
So lepasni janganlah ada yang tegur Farah ni pemalu. Karang Farah buat buat jadi pemalu karang ada yang masuk hospital pulak nanti. Sebenarnya bila korang dah kenal Farah sangat sangat sangat sangat.........korang tahulah yang perempuan ni gelak tak cover lansung, mulut dia duk pokpepokpek duapuluhhempatjam. Time tu barulah korang rasa nak tarik balik kata kata yang kononya i ni pemalu sangat. Hahahahaha tidak okay *geleng kepala. Farah sangatlah tak pemalu. Tapi kalau tak kenal memang lah kan. Cakap pun sopan je. Gelak pun malu malu. Hewhewww. Konon lah kan
Setakat nilah yang mampu Farah kongsikan. Alaaaaaaa ni pun dah cukup panjang. Bukan ada orang nak membaca pun. Sekadar menyimpan kenangan kan apalah salahnya. So bye.
p/s : Tetiba teringin nak makan cheese nan. Penangan membaca blog kak pinky momma lah ni. Kena mencari jugak malam ni. WAJIB!
Labels: kawan, Pemalu, periang |